Terma & Syarat
Terma & Syarat Penggunaan Sistem MyKorban
Dengan mengakses dan menggunakan Sistem MyKorban, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
1. Definisi Sistem
MyKorban merupakan sebuah sistem digital yang dibangunkan bagi tujuan pengurusan penyertaan ibadah korban secara dalam talian.
2. Kategori Pengguna
Pengguna sistem ini terdiri daripada Peserta Korban (individu), Masjid, Surau, dan Pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan agensi atau jabatan kerajaan yang berkaitan.
3. Syarat Penggunaan
Semua penggunaan sistem ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MyKorban dari semasa ke semasa.
4. Keputusan & Rundingan
Segala keputusan berkaitan penggunaan sistem berada di bawah bidang kuasa pihak MyKorban. Rundingan boleh dibuat sekiranya berlaku sebarang isu atau pertikaian.
5. Tanggungjawab Pertubuhan
Pengguna dari kategori Masjid, Surau atau Pertubuhan wajib mempunyai kredibiliti dan status sah, serta berdaftar dengan alamat dan lokasi operasi yang jelas dan disahkan.
6. Penafian Tanggungjawab
MyKorban hanya bertindak sebagai penyedia sistem. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah laku, pecah amanah atau penyalahgunaan dana yang dilakukan oleh pihak Masjid, Surau atau Pertubuhan pengguna sistem.
7. Caj Penyelenggaraan
Caj sebanyak 2% akan dikenakan ke atas setiap transaksi jualan sebagai yuran kos penyelenggaraan sistem.
Nota:
Terma ini tertakluk kepada pindaan tanpa notis terlebih dahulu. Pengguna disarankan untuk menyemak terma secara berkala.